Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjumpaan itu akan diadakan selepas solat sunat tarawih.

“Bagi yang merindui saudara Anwar Ibrahim, insya-Allah Rabu ini selepas solat tarawih, kita jumpa di Padang Timur MBPJ,” katanya menerusi laman Twitter di sini hari ini.

Anwar dijangka mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan esok. -UTUSAN ONLINE