Sebahagian besar ahli tersebut atau kira-kira 54,000 daripadanya merupakan ahli PKR Sarawak yang hanya akan me­ngundi pada Sabtu ini.

Abdullah Sani
ABDULLAH SANI

Kelebihan 3,000 itu nampak mudah dipadamkan sekiranya ramai ahli PKR Sarawak memi­lih Rafizi.

Namun, berdasarkan trend pemilihan parti, peluang Rafizi amat tipis memandangkan peratusan yang keluar me­ngundi hanya sekitar 20 peratus.

Tambahan pula beberapa pihak melihat negeri terbesar di Malaysia ini secara tradi­sinya menyokong Mohamed Azmin, lebih-lebih lagi beliau kini hadir dengan reputasi sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Jika mahu menganggap Sarawak adalah kubu kuat Rafizi, pengajaran mungkin boleh diambil hasil keputusan awal pemilihan di Sabah pada Sabtu dan Ahad lalu, apabila Naib Presiden PKR itu gagal menang di negeri tersebut biarpun ramai dalam kalangan 145,000 ahli PKR Sabah dikatakan sebagai penyokong tegar Rafizi.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang menyokong Rafizi bagaimanapun enggan me­ng­alah dan mengharapkan keajaiban berlaku dalam Pemilihan PKR Sarawak.

“Apapun kita mengambil pendekatan begini, jika kita merancang, Allah lagi maha perancang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut membidas sistem pengundian elektronik atau e-undi yang diguna pakai oleh PKR kerana mendakwa ribuan undi telah hilang sekali gus dipercayai mempengaruhi keputusan pe­ngundian.

Pemilihan parti hanya akan berakhir pada 11 November apabila Melaka akan mengadakan pemilihan semula, namun keputusan di negeri tersebut dilihat tidak membawa impak besar berdasarkan keputusan pemilihan yang diadakan dua minggu lalu yang kemudian dibatalkan.