Sehubungan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rakyat tidak sepatutnya terpedaya dengan janji manis PH yang sehingga kini masih belum ditunaikan.

Malah, beliau menyifatkan sesuatu yang pelik kepada rakyat andai ada yang masih percaya dan terpedaya dengan janji PH.

“Kalau rakyat boleh terima juga PH sedangkan manifesto sebelum ini pun mereka tidak tunai ini, ini sesuatu yang pelik.

“Sebab itu kita perlu tambah kerusi di Parlimen untuk memperkuatkan suara pembangkang,” katanya ketika ditemui pemberita di pasar pagi Kuala Medang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE