Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebagai parti paling kanan atau 'abang long' dalam BN, UMNO perlu ingat bahawa parti komponen antaranya MCA, MIC dan Gerakan banyak membantu memberi sokongan ketika parti itu menghadapi krisis pada PRU-13 lalu.

"Semua parti komponen perlu bersatu-padu dan UMNO selaku abang long kena menjaga parti-parti komponen seperti adik kerana merekalah yang membantu ketika kita menghadapi kesukaran.

"UMNO perlu bersikap 'gentleman' dan mengamalkan konsep menjaga parti komponen lain. Kalau hendak melihat UMNO kuat, parti komponen juga perlu kuat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan timbalannya, Datuk Ghazale Muhamad. - UTUSAN ONLINE