Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, program berkenaan merupakan semboyan terakhir untuk menyuntik semangat para ahli sebelum Parlimen dibubarkan. 

Ujarnya, ia akan disempurnakan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh, Johor pada pukul 10 pagi, Sabtu ini. 

"Ini merupakan pelancaran secara rasmi jentera kita untuk peringkat yang terakhir sebelum parlimen dibubarkan walaupun jentera kita sudah bergerak dari awal lagi," katanya ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Pemuda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. 

Yang turut hadir, Naib Ketua Pemudanya, Senator Khairul Azwan Harun. - UTUSAN ONLINE