Semangat yang dipamerkan oleh kira-kira 5,000 hadirin itu menjadi petunjuk jelas kepada kebersediaan BN Selangor merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

Hadirin yang terdiri daripada penduduk tempatan termasuk ahli-ahli parti komponen dalam BN memenuhi khemah seawal pukul 10 pagi dengan penuh perasaan keterujaan bagi sama-sama menyambut kehadiran Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang tiba tepat pukul 12.30 tengah hari disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang turut mengibarkan bendera parti gabungan tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar. - UTUSAN ONLINE