Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak mendedahkan apa bentuk pelan tersebut tetapi menegaskan pihaknya mempunyai pelan B dan pelan C.

“Sudah tentu kita risau kerana ini adalah hak kita mendaftarkan Pakatan Harapan melainkan kita melakukan sesuatu yang salah. Kalau ia salah, beritahu kita, kita akan ubah.

“Misalnya, logo. Awalnya, mereka kata logo kita tidak betul dan kita tanya apa patut kita perbetulkannya, dan kita tukar logo itu mengikut kehendak mereka,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, pihak Pakatan Harapan juga tidak menolak kemungkinan membawa kes ke mahkamah sekiranya masalah pendaftaran gabungan itu masih gagal diselesaikan.

“Ada kemungkinan untuk tindakan perundangan di mahkamah, kerana ini adalah tugas ROS untuk meluluskan pendaftaran, tapi bila tiada maklum balas dan tidak berkata apa-apa mengenai perkara ini, itu bukan sesuatu yang kita harapkan dari agensi kerajaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE