Menurutnya, buat masa ini tidak mendapat maklumat lanjut mengenai pertemuan berkenaan yang difahamkan berlangsung pada malam semalam sehingga awal pagi ini di Istana Negara.

“Bagaimanapun, saya akan dapatkan penjelasan lanjut dan maklumat terkini daripada beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya akan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar pada pukul 3 petang ini dan mendapatkan maklumat mengenai perkara itu,” katanya yang tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai pertemuannya dengan Anwar pada hari ini.

Malam semalam, Anwar dilapor menghadap Sultan Muhammad V bagi membincangkan isu pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dilapor tidak memperkenan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencalonkan hanya satu nama sahaja iaitu Tommy untuk dilantik memegang jawatan tersebut.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan bertarikh 4 Jun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilapor memaklumkan Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara.

Terdahulu, Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kira-kira lebih dua jam bagi membincang serta menyelesaikan masalah pentadbiran negeri di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE