MOHAMED ARSHAD RAJI
MOHAMED ARSHAD RAJI 

Memetik laporan portal The Malaysian Insight, Presidennya, Brigadier Jeneral (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, khabar angin mendakwa Patriot akan bertanding mencabar Anwar pada PRK adalah tidak benar.

“Patriot tidak pernah keluarkan kenyataan itu,” lapor portal itu hari ini.

Kelmarin, Mohamed Arshad berkata, keputusan Danyal Balagopal meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Port Dickson mengecewakan pesara tentera dan polis yang telah memberi sokongan penuh kepadanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, lebih mendukacitakan apabila ramai daripada kumpulan pesara itu menderma untuk tujuan kempen pilihan raya Danyal Balagopal sebaik sahaja diumumkan bertanding di Port Dickson. - UTUSAN ONLINE