Dr. Abd Latiff Ahmad
Dr. Abd Latiff Ahmad

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad melalui kenyataan hari ini berkata, perjuangan perlu diteruskan walaupun badai melanda.

Ujar beliau, sebagai seorang pemimpin dan ahli parti secara keseluruhannya redha, sabar dan tabah paling perlu.

Perkara itu, katanya, kesan daripada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memperlihatkan peralihan pucuk pimpinan.

“Ketika keadaan makin meruncing, kesediaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima amanah menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO harus diberi pujian.

“Amanah yang dipikul itu antara langkah buat seorang pemimpin yang sayangkan parti keramat orang Melayu Bumiputera,” katanya.

Kesanggupan Dr. Ahmad Zahid jelas menunjukkan seorang pemimpin yang berjiwa besar, inilah ciri-ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang Presiden UMNO. - UTUSAN ONLINE