Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penjelasan daripada bekas Pre­siden Majlis Peguam itu penting bagi memberi gambaran sebenar mengenai keadaan dengar cakap tersebut.

“Pas memandang berat penularan kandungan dokumen pembelaan editor Sarawak Report yang telah difailkan dalam pro­siding saman fitnah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Mahkamah Tinggi London yang menamakan Ambiga sumber yang membe­ritahu kononnya pemimpin ter­tinggi Pas menerima wang seba­nyak RM90 juta daripada Perdana Menteri.

“Peguam Pas sedang mengkaji perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” kata Takiyuddin dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Brown yang juga pe­ngasas Sarawak Report menamakan Ambiga sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan Pas menerima wang daripada Perdana Menteri.

Brown dilaporkan berkata, Ambiga memberitahu mengenai Najib, Pas dan isu 1MDB kepadanya pada Julai tahun lalu selain menjelaskan bahawa sumbernya itu boleh dipercayai.

Pada April lalu, Pas menfailkan saman fitnah berhubung fitnah terhadap Abdul Hadi dalam isu berkenaan di Mahkamah Tinggi London.

Dalam saman ter­sebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connection bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan menyogok Pas untuk menyebelahi Barisan Nasional (BN).