Keputusan itu dicapai selepas Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan calon yang bertanding bagi kerusi tersebut hari ini.

Malah, beliau berkata, penyokong Pas juga diyakini akan membantu dan mengundi calon BN kali ini.

“(Pas) Mesti bantu, kalau tak bantu, takkan dia datang hari ini,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon BN bagi PRK Parlimen Cameron Highlands di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad serta barisan kepemimpinan tertinggi UMNO.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persaingan sengit daripada parti MyPPP yang mencalonkan presidennya, Tan Sri M. Kayveas, Mohamad Hasan mengucapkan maju jaya kepada beliau.

“Saya ucapkan semoga berjaya (M. Kayveas), “ jelasnya. - UTUSAN ONLINE