Abdul Hadi berkata, hanya mereka yang terus beristiqamah sahaja yang akan bersama sehingga ke akhir hayat bersama Pas.

"Politik menegakkan negara yang mendaulatkan Islam adalah syarat wajib untuk dilaksanakan semua syariatnya bagi mencapai rahmat dan adil Allah.

"Semua kalangan yang mahu mengheret Pas keluar daripada landasannya tersungkur dalam perjalanan," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook miliknya, hari ini. - UTUSAN ONLINE