KUALA LUMPUR, 12 Mac 2012- Setiausaha Agung Datuk Haji Mustafa
Datuk Mustafa Ali

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau sudah selesai mengadakan lawatan kerja ke semua negeri di Semenanjung bagi meninjau persiapan jentera dengan menjangkakan pilihan raya akan berlangsung sekitar September atau Oktober ini.

Beliau memberitahu, adalah sesuai sekiranya pilihan raya umum akan datang dilangsungkan pada September atau Oktober ini sejurus selesai musim perayaan, musim Haji dan juga temasya Sukan SEA dengan Malaysia menjadi tuan rumah.

“Bagi kita (Pas), kita sudah siap sedia pada bila-bila masa bagi hadapi PRU-14, tapi kalau lebih lama lagi, kita akan pertingkatkan lagi keupayaan kita sebagai persiapan menghadapinya,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE