Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, jumlah kerusi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu melebihi 38 kerusi yang ditandingi dalam PRU lalu semasa dalam gabungan parti pembangkang.

“Walau bagaimanapun, keputusan bertanding berapa kerusi itu bergantung kepada Muktamar Pas kelak sama ada hubungan dengan PKR diputuskan atau tidak yang seterusnya akan ditentukan pula oleh Majlis Syura Ulama.

“Namun, sekiranya bersendirian, Pas Johor akan lawan di lebih banyak kawasan, mungkin lebih 40 dan kami juga telah bersedia termasuk sedang menapis senarai calon yang berpotensi untuk dinamakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Pas Johor yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat, Dr. Sanusi Daeng Mariok di Parit Sulong, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE