Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kesemua empat calon bukan Islam itu adalah dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Katanya, manakala 16 lagi kerusi DUN pula akan menampilkan calon daripada Gagasan Sejahtera.

"Dalam persediaan PRU-14, Pas bersama Gagasan Sejahtera telah membuat persediaan untuk bertanding di semua 59 kerusi DUN di negeri ini tanpa berkerjasama dengan mana-mana parti.

"Pas bertanding di 43 kerusi DUN dan empat calon dari Gagasan Sejahtera telah pun diluluskan," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE