Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berjanji akan memberikan komitmen untuk mematuhi setiap arahan penganjur dan pihak keselamatan dari semasa ke semasa bagi memastikan kejayaan perhimpunan itu.

"Pas menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan khususnya daripada pihak Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Kita juga menyeru kepada semua rakyat untuk turut serta dalam menzahirkan pendirian terhadap ICERD demi memelihara kerukunan dan keharmonian hidup yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya dalam laman Twitter rasminya di sini hari ini.

Menerusi satu rakaman berdurasi dua minit yang dimuat naik dalam laman Facebook Dr. Mahathir malam ini, beliau meminta pihak penganjur supaya dapat memastikan tidak berlaku sebarang kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam sepanjang perhimpunan itu berlangsung. - UTUSAN ONLINE