Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya menerima secara positif keputusan tersebut meskipun MCA sebelum ini dilihat kurang senang terhadap kerjasama UMNO dan Pas.

"Wartawan minta saya komen tentang keputusan MCA tetap bersama BN. Saya jawab, kita terima secara positif kerana Malaysia sebuah negara bermasyarakat majmuk," katanya menerusi laman Twitter beliau hari ini.

MCA semalam membuat keputusan kekal bersama BN dalam menerapkan semangat konsensus berasaskan kepelbagaian kaum rakyat di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan tersebut dibuat bagi memperkukuhkan semangat gabungan pembangkang di samping memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan pemerintah khususnya soal kebajikan serta ekonomi rakyat.

Pemerhati politik sebelum ini percaya MCA mampu menang beberapa kerusi Parlimen dalam pilihan raya seandainya BN bekerjasama dengan Pas.-UTUSAN ONLINE