Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima undangan daripada UMNO untuk menghadiri persidangan tersebut.

Beliau bagaimanapun belum dapat mengesahkan kehadirannya sendiri kerana terikat dengan program di luar negara dan bergantung pada tahap kesihatan.

“Saya terima undangan daripada luar negeri lebih awal dan juga daripada UMNO tetapi akan ada pemimpin hadir (Persidangan Agung UMNO),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penutup Muktamar Tahunan Pas Ke-64, di sini hari ini.

Semalam, buat pertama kali dalam sejarah kepemimpinan tertinggi UMNO yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama dua naib presidennya, setiausaha agung dan ketua-ketua sayap parti itu hadir dalam majlis perasmian muktamar tersebut. - UTUSAN ONLINE