IskandarAbdul Samad
ISKANDAR ABDUL SAMAD

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad ekoran khabar angin kemungkinan penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada suami beliau.

“Mesej saya kepada jentera Pandan agar bersiap sedia. Khabar angin bertiup kencang Anwar akan bertanding di sini. Pas bersedia jika berlaku PRK,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Pemerhati politik tidak menolak andaian Anwar akan bertanding di Pandan kerana kawasan itu mempunyai pengundi bukan Melayu yang ramai melebihi 50 peratus.

Ini kerana kawasan yang memiliki pengundi Melayu yang ramai amat berisiko tinggi kepada Anwar untuk kalah, memandangkan isu-isu semasa memperlihatkan seolah-olah kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak melindungi kepentingan orang Melayu. - UTUSAN ONLINE