Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pas Permatang Pauh putus hubungan secara rasmi dengan PKR

Pas Permatang Pauh  putus hubungan secara rasmi dengan PKR
YANG Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan (duduk tengah) bersama jawatankuasa Pas kawasan berkenaan menyatakan pendirian memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan itu pada sidang akhbar di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah, Pulau Pinangi hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar AZMAN ASMAYATIM

PERMATANG PAUH 19 Mac - Pas Kawasan Permatang Pauh hari ini secara rasmi memutuskan kerjasama politik dengan PKR melalui undian sebulat suara usul Mesyuarat Tahunan Pas kawasan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menghormati Pas apabila terus bekerjasama dengan DAP dan PAN yang menyerang Pas.

Katanya, kerjasama berkenaan juga tidak bokeh diteruskan apabila terdapat ahli-ahli PKR kawasan ini memujuk ahli Pas keluar parti dan menyertai PKR.

" Mereka kemudian menawarkan jawatan dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada ahli Pas yang keluar parti dan ini sangat berbahaya kepada parti," katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh di sini hari ini.

Sehubungan itu, Omar berkata, Pas menuntut kembali hak mereka termasuk akan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kami juga akan meletakkan calon untuk tiga kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir," katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain