Pesuruhjaya negerinya, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu kekal setakat ini melainkan pucuk pimpinan Pas Pusat membuat perubahan untuk menjalin kerjasama atau rundingan dengan parti lain selain di dalam Gagasan Sejahtera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, semua senarai calon yang dicadangkan telah dihantar ke peringkat Pusat kira-kira lima bulan lalu.

"Calon-calon yang dicadangkan merangkumi pelbagai golongan termasuk ulamak dan aktivis," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang di Kuala Sungai Padang dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi. - UTUSAN ONLINE