Tiga calon bukan Islam itu ialah peguam S.Kumaresan merangkap Timbalan Pengerusi DHPP Perak yang bakal bertanding di DUN Pasir Bedamar; J. Applasamy (DUN Sungkai) dan M.Yougan di Parlimen Kampar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Radzi Zainon bakal bertemu dengan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di kawasan DUN Sungai Rapat.

Pengumuman calon-calon yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu menyaksikan pertambahan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh Pas pada PRU-14.

“Dahulu kita hanya bertanding 22 kerusi DUN (pada PRU-13). Namun kali ini, lima calon wanita turut dicalonkan untuk merebut dua kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan calon PRU-14 Pas Perak di Markas Tarbiyyah Pas Air Kuning di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad. - UTUSAN ONLINE