ROSLI
ROSLI

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, pertambahan sembilan lagi kerusi untuk ditandingi parti itu berikutan perkembangan politik semasa termasuk hubungan dengan DAP selain menunjukkan kesediaannya untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri ini.

"Setelah putus (hubungan) dengan DAP, maka Pas bebas untuk bertanding di mana-mana kerusi yang ditandingi DAP.

"Kedua, ini adalah dasar yang diputuskan Pas Pahang iaitu jika PAN yang bersama Pakatan Harapan dengan dianggotai oleh DAP dan PKR bertanding di mana-mana kerusi yang Pas bertanding, maka Pas akan bertanding di mana-mana kerusi mereka bertanding," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE