Calon-calon itu ialah Siti Mastura Muhammad bagi Parlimen Kepala Batas dan Zarina Shinta Madar yang akan bertanding untuk kerusi DUN Bayan Lepas.

Kedua-dua calon itu merupakan sebahagian daripada enam calon Parlimen dan 18 calon DUN yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Fauzi Yusoff di sini malam ini.

Pas negeri bagaimanapun tidak menamakan calon serta kawasan yang akan ditandingi oleh sekutu mereka iaitu Gagasan Sejahtera dan memberitahu, senarai tersebut akan diumumkan dalam satu majlis berasingan.

Dalam pada itu, seperti dijangka, bekas ADUN Permatang Pasir yang juga merupakan satu-satunya wakil rakyat Pas di Pulau Pinang selepas PRU yang lalu iaitu Datuk Mohd. Salleh Man tidak tersenarai dalam kalangan calon-calon yang diumumkan malam ini.

Sebaliknya, kerusi ‘panas’ itu akan ditandingi sendiri oleh Mohd. Fauzi yang mendakwa telah diberi mandat untuk berbuat demikian oleh kepimpinan Pas di peringkat Pusat.

Berikut ialah senarai penuh calon Pas Pulau Pinang:

P.041 Kepala Batas - Siti Mastura Mohammad

P.042 Tasek Gelugor - Rizal Hafiz Roslan

P.044 Permatang Pauh- Afnan Hamimi Taib Azamudden.

P.047 Nibong Tebal - Mohd Helmi Harun

P.052 Bayan Baru -Izzuri Ibrahim

P053- Balik Pulau- Imran Mohd Saad

N.01 Penaga - Ustaz Mohd Yusni Mat Piah

N.02 Bertam - Mokhtar Ramli.

N.03 Pinang Tunggal – Bukhori Ghazali

N.04 Permatang Berangan - Mat Sobri Salleh.

N.05 Sungai Dua - Zahadi Hj Mohd

N.06 Teluk Air Tawar - Mohd Hanif Harun.

N.10 Seberang Jaya – Ir. Ahmad Rafaie Abdul Rashid.

N.11 Permatang Pasir - Mohd Fauzi Yusoff

N.12 Penanti – Fawwas Mohd Jan

N.17 Bukit Tengah - Nor Azman Ishak.

N.20 Sungai Bakap - Osman Jaafar.

N.21 Sungai Acheh - Nor Zamri Latif.

N.30 Sungai Pinang - Yaakob Omar

N.36 Pantai Jerejak - Farhan Husin

N.37 Batu Maung - Saiful Lizan Mohd Yusof

N.38 Bayan Lepas - Zarina Shinta Madar

N.39 Pulau Betong - Mohd Taufik Hashim.

N.40 Teluk Bahang - Mohamad Ali Osman. - UTUSAN ONLINE