Beliau berkata, laporan mengenai pembentukan Kabinet itu telah disalah tafsir kerana kenyataan asalnya merujuk kepada pembahagian tugas dalam Kabinet yang akan dibentuk jika Pas menang dalam pilihan raya.

“Dua Kabinet tidak betul, bukan dua Kabinet sebaliknya pembahagian tugas kerana biasanya dalam kerajaan ada menteri, timbalan menteri, Perdana Menteri dan sebagainya.

“Ada menteri yang pantau kementerian, itu biasakan pembahagian? Bukan dua Kabinet, itu dia (The Malaysian Insight) tak faham, tak faham ulasan saya,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan Abdul Hadi berkata, Pas bercita-cita untuk menubuhkan dua Kabinet berbeza untuk umat Islam dan bukan Islam dalam pentadbiran kerajaan. - UTUSAN ONLINE