Pesuruhjaya Pas negeri, Kamarudin Sidek berkata, kesemua individu yang telah dicalonkan sudah berbaiah dan melafazkan ikrar taat setia terhadap perjuangan Islam dan parti semalam.

“Daripada 29 kerusi yang akan kita tandingi pada PRU-14 nanti, 24 daripadanya merupakan kerusi DUN manakala lima lagi adalah kerusi Parlimen.

“Sementara sembilan orang merupakan golongan agama, lima ahli perniagaan, tujuh dalam kalangan profesional dan lapan orang lagi merupakan aktivis parti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Pas Melaka di Dewan Mualim, Bukit Katil di sini sebentar tadi.

Lebih 1,000 penyokong parti hadir dalam majlis tersebut yang bermula seawal pukul 7.30 malam dengan Majlis Jamuan Rakyat sebelum diteruskan dengan beberapa acara dan diakhiri dengan pengumuman calon-calon Pas negeri.

SENARAI CALON PAS MELAKA

1.Parlimen Masjid Tanah

Mohd. Nasir Othman, 42

2.Parlimen Alor Gajah

Mohammad Nazree Mohammad Aris, 46

3.Parlimen Tangga Batu

Zulkifli Ismail, 53

4.Parlimen Hang Tuah Jaya

Dr. Md. Khalid Kassim, 69

5.Parlimen Jasin

Abd. Alim Shapie, 60

6.DUN Kuala Linggi

Azmi Sambul, 45

7.DUN Tanjung Bidara

Imran Abdul Rahman, 52

8.DUN Ayer Limau

Jamarudin Ahmad, 46

9.DUN Lendu

Arshad Mohamad Saron, 61

10.DUN Taboh Naning

Asri Shaik Abdul Aziz, 52

11.DUN Rembia

Mohammad Rashidi Abd. Razak, 39

12.DUN Gadek

Emransyah Ismail, 41

13.DUN Machap Jaya

Wan Zahidi Wan Ismail, 53

14.DUN Durian Tunggal

Mohsin Ibrahim, 61

15.DUN Asahan

Azlan Maddin, 63

16.DUN Pantai Kundur

Abdul Halim Maidin, 59

17.DUN Paya Rumput

Rafie Ahmad, 50

18.DUN Klebang

Mohd. Shafiq Ismail, 41

19.DUN Pengkalan Batu

Ramli Dalip, 66

20.DUN Ayer Keroh

Sepri Rahman, 62

21.DUN Bukit Katil

Muhamat Puhat Bedol, 49

22.DUN Ayer Molek

Jantan Abdullah, 64

23.DUN Duyong

Kamarudin Sidek, 49

24.DUN Telok Mas

Rosazli Md. Yasin, 41

25.DUN Bemban

Suhaimi Harun, 60

26.DUN Rim

Kintan Man, 59

27.DUN Serkam

Ahmad Bilal Rahudin, 35

28.DUN Merlimau

Abdul Malek Yusof, 51

29.DUN Sungai Rambai

Zakariya Kasnin, 54 - UTUSAN ONLINE