IDRIS AHMAD
IDRIS AHMAD

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, pendirian terbaharu PKR, DAP dan PAN itu merupakan petanda bahawa keempat-empat parti sanggup melakukan apa sahaja strategi bagi memperoleh kuasa pemerintahan termasuk mencalonkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sebagai Perdana Menteri Ke-7. 


“Dahulu mereka (PKR, DAP dan PAN) kata beliau (Mahathir) sebagai ‘mahazalim’, ‘mahafiraun’, serta mengadakan demonstrasi dengan melaung-laungkan slogan ‘reformasi’, ‘undur Mahathir’ dan sebagainya. 


“Hari ini mereka bukan sahaja tak suruh undur, sebaliknya ambil balik (Mahathir),” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Fastaqim 2.4 di Seksyen 17, yang dihadiri hampir 1,000 ahli Pas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.