KAMARUDDIN MD. NOR
KAMARUDDIN

Timbalan Pengerusi PH negeri, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, cadangan penambahan itu ditolak atas alasan kerajaan negeri sudah mempunyai seramai 11 ahli Majlis Pembangunan Mukim (MKM) termasuk penghulu.

"Saya dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa Kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan yang memerlukan pelantikan daripada kerajaan Pusat itu.

"Jadi, kita kena fikir kaedah lain yang bersesuaian sebab perkara ini melibatkan urusan pentadbiran di peringkat kampung termasuk memastikan hal penyelenggaraan berjalan lancar, tiada birokrasi atau salah guna kuasa mahupun peruntukan.

"Langkah seterusnya akan difikirkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan inputnya akan diberikan oleh pimpinan PH negeri ini," katanya ketika ditemui di Hotel Perdana di sini hari ini.

Dr. Wan Azizah hari ini mengadakan dua perjumpaan tertutup bersama kepemimpinan PKR dan PH negeri ini.

Pertemuan yang diadakan bermula pada pukul 4.30 petang itu berlangsung selama lebih satu jam merupakan program terakhir sempena lawatan beliau selama sehari di negeri ini.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir. - UTUSAN ONLINE