Pengumuman itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 5,000 penyokong di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini yang turut dihadiri Timbalan Mursyidul Am merangkap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob.

Sebagaimana diketahui lebih awal, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diletakkan di Parlimen Kubang Kerian manakala penyandang kerusi itu, Ahmad Baihaki Atiqullah digugurkan.

Selain Ahmad Baihaki, penyandang yang turut digugurkan bagi kerusi parlimen ialah Datuk Dr. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh). Beliau digantikan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh.

Ahmad Baihaki dan Nik Mazian sebelum ini dikaitkan sebagai pemimpin ‘harumanis’ kerana dikatakan condong ke arah parti serpihan, PAN.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamd Abduh Nik Abdul Aziz meninggalkan kerusi disandang beliau iaitu Parlimen Pasir Mas untuk bertanding di Parlimen Bachok.

Penyandang Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary pula dipindahkan ke Parlimen Pengkalan Chepa manakala penyandang kerusi itu, Dr. Izani Husin beralih ke DUN Kijang.

Sementara itu, Ahmad selaku Menteri Besar akan mempertahankan kerusi disandang iaitu DUN Pasir manakala Timbalan beliau, Datuk Mohd. Amar turut kekal di kerusi sendiri DUN Panchor.

Secara keseluruhan, Pas Kelantan mengemukakan 21 calon muka baharu atau 39 peratus daripada 59 calon Parlimen dan DUN di negeri ini bagi menghadapi PRU-14.

Selepas pengumuman calon selesai, Ahmad mengetuai lafaz sumpah baiah bersama semua 59 calon yang dipilih. - UTUSAN ONLINE

Senarai Calon Pas Kelantan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14):

P.019 - TUMPAT
Datuk Che Abdullah Mat Nawi
N.01 - PENGKALAN KUBOR
Wan Ruslan Wan Hamat
N.02 - KELABORAN
Mohd Adanan Hasan
N.03 - PASIR PEKAN
Datuk Ahmad Yakob
N.04 - WAKAF BHARU
Mohd Rusli Abdullah

P.020 - PENGKALAN CHEPA
Ahmad Marzuk Shaary 
N.05 - KIJANG
Dr Izani Husin
N.06 - CHEMPAKA
Ahmad Fathan Mahmood
N.07 - PANCHOR
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

P.021 - KOTA BHARU
Datuk Takiyuddin Hassan
N.08 - TANJONG MAS
Rohani Ibrahim
N.09 - KOTA LAMA
Datuk Anuar Tan Abdullah
N.10 - BUNUT PAYONG
Datuk Dr Ramli Mamat

P.022 - PASIR MAS
Ahmad Fadhli Shaari 
N.11 - TENDONG
Rozi Muhamad
N.12 PENGKALAN PASIR
Datuk Hanifa Ahmad
N. 13 MERANTI
Datuk Nasurruddin Daud

P. 023 - RANTAU PANJANG
Siti Zailah Mohd. Yusoff 
N.14 - CHETOK
Zuraidin Abdullah
N.15 - GUAL PERIOK
Datuk Muhamad Awang
N.16 - APAM PUTRA
Abdul Rasul Mohamed

P.024 - KUBANG KERIAN
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man 
N.17 - SALOR
Saiful Adli Abu Bakar
N.18 - PASIR TUMBOH
Abdul Rahman Yunus
N.19 - DEMIT
Mumtaz Md Nawi      

P.025 - BACHOK
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz 
N.20 - TAWANG
Datuk Hassan Mahmood
N.21 - PANTAI IRAMA
Mohd Huzaimy Che Husin
N.22 - JELAWAT
Abdul Azziz Kadir

 

 


P.026 - KETEREH
Wan Ismail Wan Jusoh
N.23 - MELOR
Dr Md Yusnan Yusuf
N.24 - KADOK
Azami Mohd Nor
N.25 - KOK LANAS
Nik Mahadi Nik Mahmud

P.027 - TANAH MERAH
Datuk Dr. Johari Mat
N.26 - BUKIT PANAU
Datuk Abdul Fattah Mahmood
N.27 - GUAL IPOH
Wan Yusuf W Mustapha
N.28 - KEMAHANG
Datuk Md Anizam Ab Rahman
 
P.028 - PASIR PUTEH
Datuk Dr. Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh 
N.29 - SELISING
Tuan Mohd Sharipudin Tuan Ismail
N.30 - LIMBONGAN
Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah
N.31 - SEMERAK
Wan Hassan Wan Ibrahim
N.32 - GAAL
Mohd Rodzi Ja’afar

P.029 - MACHANG
Zulkifli Mamat
N.33 - PULAI CHONDONG
Azhar Salleh
N.34 - TEMANGAN
Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan
N.35 - KEMUNING
Mohd Roseli Ismail

P.030 - JELI
Mohamad Hamid 
N.36 - BUKIT BUNGA
Ramzi Mohd Yusuff
N.37 - AIR LANAS
Datuk Abdullah Ya’kub
N.38 - KUALA BALAH
Mohd Apandi Mohamad

P.031 - KUALA KRAI
Abdul Latiff Abdul Rahman
N.39 - MENGKEBANG
Mohammad Mat Sulaiman
N.40 - GUCHIL
Hilmi Abdullah
N.41 - MANEK URAI
Mohd Fauzi Abdullah
N.42 - DABONG
Ku Mohd Zaki Ku Hussin
P.032 - GUA MUSANG
Abdullah Hussien
N.43 - NENGGIRI
Mohd Sidek Abdul Razak
N.44 - PALOH
Azman Ahmad
N.45 GALAS
Suhaimi Mat Deris