MOHAMED FADZLI
MOHAMED FADZLI

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, walau bagaimanapun, jumlahnya akan ditentukan selepas Kerajaan Pusat memutuskan jumlah pemberian kepada Ahli Parlimen berkenaan.

"Amaun kita belum tentukan lagi kerana Majlis Angkat Sumpah juga belum diadakan. Tetapi kita akan lihat sejauh mana Kerajaan Pusat kotakan janji dan daripada situ kita akan pertimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka meraikan 500 mahasiswa dari universiti tempatan dan luar negara di dewan Kelantan Trade Centre (KTC), di sini semalam. - UTUSAN ONLINE