AHMAD FAKHRUDDIN

Pesuruhja­yanya, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan suasana politik ketika ini ekoran pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering mem­belakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama Pas.

“Pas sehingga muktamar dulu membuat keputusan memutuskan persefahaman politik antara kedua-dua parti berkenaan, maka Pas Kedah bersetuju untuk sedia bertan­ding di 36 DUN dalam PRU-14.

“Pas Kedah juga bersedia untuk ber­tanding di 15 kerusi Parlimen dalam ne­geri ini, dan ia juga tertakluk kepada keputusan Pas Pusat,” katanya dalam sidang akhbar majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah di sini hari ini.

Dalam PRU-13, Pas Kedah bertanding di 24 kerusi DUN sementara DAP (2 DUN) dan PKR (10 DUN).

Pas memenangi sembilan kerusi dalam PRU -13 sebelum kehilangan satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi melompat parti ke PAN sementara PKR dan DAP ketika ini masing-masing menyandang empat dan dua kerusi DUN.

Mengulas lanjut katanya, keputusan muktamad me­ngenai jumlah kerusi yang akan ditandingi Pas Kedah itu walau bagaimanapun tertakluk kepada kehendak Pas Pusat berasaskan kajian yang dilaksanakan oleh pihak ber­kenaan.