Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan negeri kerana berjaya menubuhkan kerajaan baharu.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada pengundi dengan kemenangan tunggal yang diperoleh calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.

"Walau bagaimanapun, kami juga akui Pas negeri tidak dilihat sebagai pesaing yang cukup kuat untuk menewaskan Barisan Nasional (BN)," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas negeri, di Bandar Baru Uda, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE