HADI AWANG
HADI AWANG 

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantuan yang digerakkan sebagai tanda prihatin itu juga bertujuan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat.

Katanya, semua pihak perlu bersegera untuk mengawal keadaan di Pasir Gudang bagi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat.

“Saya mengajak semua pihak untuk mengambil segala langkah yang perlu, seterusnya berdoa ke hadrat Allah SWT agar bencana pencemaran alam di Pasir Gudang dapat dibendung dengan segera.

“Sebagai tanda prihatin, Pas telah menggerakkan Khidmat Malaysia dan Jabatan Amal ke lapangan untuk memberikan bantuan kepada mangsa dan bekerjasama dengan agensi kerajaan yang terlibat,” katanya dalam laman Facebook di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE