Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pas dakwa ada ahli Parlimen 
PKR sokong RUU 355

PERMATANG PAUH 19 Mac – Pas mendakwa terdapat ahli Parlimen beragama Islam PKR yang bersetuju dan memahami rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 sekali gus beranggapan usaha tersebut semakin disambut baik pelbagai pihak.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, antara pemimpin PKR yang bersetuju ialah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Setelah dijelaskan berkaitan hukuman sebatan dan penjara bagi kesalahan syariah dan sebagainya, Johari dengan tegasnya menyatakan tidak ada sebab untuk beliau menentang perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, parti itu tidak mempunyai masalah dengan keputusan UMNO mahu membentangkan usul RUU 355 di Parlimen.

Menurut beliau, usaha itu merupakan permulaan kepada kejayaan pelaksanaannya kelak selain memperlihatkan dengan jelas penentangan pihak tertentu terhadap RUU 355 sebelum ini bukan kerana faktor agama tetapi lebih kepada politik.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain