Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu bukan sahaja mempunyai 195 kawasan di seluruh negara malah memiliki ahli hampir satu juta dan barisan jentera yang kuat.

"Orang kata kita Mat Jenin, Mat Jenin dia panjat pokok dan bergantung di pelepah yang rapuh. Pas bukan pelepah yang rapuh kerana kita ada cawangan serta kawasan yang kuat dan kukuh.

"Pas bukan Mat Jenin. Orang lain yang Mat Jenin. Kita ada tunjang yang kuat, cawangan yang kuat. Kita ada benih, ada kekuatan dan bergerak atas akar umbi yang kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Wisma Purnama Pas Kawasan Gopeng di Station 18, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE