Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, lebih membimbangkan apabila kerajaan PH ketika ini dikuasai 66 kerusi Ahli Parlimen bukan Islam berbanding 59 kerusi Ahli Parlimen beragama Islam.

"Kita saksikan bagaimana keadaan sangat mencemaskan apabila kenyataan jemaah menteri bercanggah. Contohnya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya ICERD ditangguhkan dan dikaji dahulu.

"Kalau diundi akan berlaku satu perubahan yang sangat membahayakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Ijtimak Kepimpinan Pas negeri di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Hussin Awang. - UTUSAN ONLINE