Parti itu buat pertama kali turut memilih seorang calon bukan Islam, Yaw Con Seng, 63, yang merupakan ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) untuk mewakili parti itu di DUN Temiang.

Parti itu menampilkan 90 peratus calon muka baharu termasuk dua calon wanita.

Pengumuman calon diumumkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mustaffa Daharun dalam Majlis Pengisytiharan Calon dan Manifesto PRU-14 Pas Negeri Sembilan di Kompleks Latihan Islam, Kampung Ismail, Ampangan di sini malam ini.

Parti itu turut melancarkan manifesto yang mengandungi lima teras dan 13 tawaran kepada rakyat.

Pada PRU-13, Pas bertanding di 12 daripada 36 kerusi DUN dan tiga Parlimen di negeri ini.

Senarai calon Pas DUN/Parlimen Negeri Sembilan

PARLIMEN

1. Norman Ipin (Jelebu)

2. Mustaffa Daharun (Jempol)

3. Shariffuddin Ahmad (Seremban)

4. Rafiei Mustapha (Kuala Pilah)

5. Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa (Rasah)

6. Mustafa Dolah (Rembau)

7. Mahfuz Roslan (Port Dickson)

8. Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar (Tampin)

DUN

1. Jamalus Mansor (Chennah)

2. Hamran Abu Hassan (Pertang)

3. Abdul Karim Shahimi Abdul Razak (Sungai Lui)

4. Mazly Yasin (Klawang)

5. Muhammad Alzukri Muhammad Yasin (Serting)

6. Masdi Musa (Palong)

7. Mohd Fairuz Mohd. Isa (Jeram Padang)

8. Mustafar Bakri Abdul Aziz (Bahau)

9. Muhammad Ghazali Abu Bakar (Lenggeng)

10. Mohd. Abu Zahrim Abdul Rahman (Nilai)

11. Yaw Con Seng (Temiang)

12. Rahim Yusof (Sikamat)

13. Mustaffa Daharun (Ampangan)

14. Hassan Mohamed (Juasseh)

15. Rafiei Mustapha (Seri Menanti)

16. Fazilah Abu Samah (Senaling)

17. Ahmad Fadzil Othman (Pilah)

18. Kamaruddin Md. Tahir (Johol)

19. Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa (Labu)

20. Masita Mohamed Ali (Paroi)

21. Rosmin Adam (Chembong)

22. Ishak Omar (Kota)

23. Noor Mohamad Rizal Ishak (Linggi)

24. Kamarol Ridzuan Mohd. Zain (Sri Tanjung)

25. Ishak Maasin (Gemencheh)

26. Abdul Razakek Abdul Rahim (Repah). - UTUSAN ONLINE