Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat belum tiba masanya perbincangan itu dibuat kerana hubungan antara Pas dengan UMNO ketika ini masih di peringkat ta’awun (tolong-menolong).

“Kita baru peringkat taawun, bekerjasama. Belum lagi kerajaan campuran. Kena tunggu pilihan raya untuk nak tubuhkan kerajaan campuran.

“Kita akan perincikan dan teliti dengan mendalam cadangan itu kerana berpengalaman dalam kerajaan campuran pada 1973,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ijtimak Guru Pas Terengganu 2019 di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Terengganu di sini petang ini.

Menurut Abdul Hadi, Pas akan mengambil kira mana-mana parti yang bersikap positif mengenai hasrat penubuhan kerajaan campuran itu bukan sahaja dengan UMNO bahkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Itu nanti kita kena lihat, kerajaan campuran yang pernah saya katakan itu mesti melibatkan semua parti politik.

“Mana-mana parti yang bersikap positif termasuk Bersatu yang ada krisis dengan Pakatan Harapan (PH) hari ini, dan juga Gagasan Sejahtera,” katanya. - UTUSAN ONLINE