Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persidangan yang diadakan pada 7 Ogos ini akan dihadiri oleh semua bekas pengurusan tertinggi 1MDB dan pihak berkaitan termasuk pakar ekonomi serta pakar akademik.


“Kita ingin melihat apakah masalah dan halangan 1MDB kerana kita tidak mahu mengkritik semata-semata tanpa penjelasan yang jelas.


“Jadi apa-apa keputusan rasmi parti mengenai isu 1MDB akan kita buat selepas persidangan meja bulat ini,” katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pas Pusat di Kompleks al-Makmur Kerdau, di sini hari ini.


Yang hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan. - UTUSAN ONLINE