Ahmad Zahid berkata, sebarang persepsi negatif yang timbul harus diuruskan dengan segera kerana jika ia tidak diatasi dengan baik tidak mustahil seorang pemimpin atau kerajaan boleh dijatuhkan.


“Cuba kita lihat berapa ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik yang tenggelam kerana persepsi yang tidak diuruskan dengan baik.


“Jika persepsi tidak diatasi dengan segera dan hanya dijawab tiga atau empat bulan kemudian, lihat sahaja apa yang telah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga lakukan terhadap Pas apabila dia tuduh Pas terima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya ketika berucap dalam Konvensyen Media Sosial UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE