Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, Mohamed Azmin dan Rafizi juga perlu bijak menilai situasi sebenar di sebalik perlantikan berkenaan.

“Dua-dua kena faham, siapa yang menang, siapa yang kalah kena faham.

“Jadi pandai-pandailah jalankan tugas,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Penanti di sini, hari ini.

Sebelum ini, penganalisis politik Universiti Malaya, Mohammad Tawfik Yaakub mencadangkan agar Rafizi atau Mohamed Azmin mengundurkan diri untuk mengelakkan pergolakan di dalam parti itu.- UTUSAN ONLINE