Naib Pengerusinya, Dr. Muhaimin Sulam berkata, namun demikian, kemasukan beramai-ramai itu tidak boleh sehingga menjadi seperti tikus membaiki labu.


“PAN adalah sebuah parti yang peduli tentang nasib rakyat jelata daripada perangkap kemiskinan dan kemunduran. Jangan seorang kenyang, seribu kelaparan. 


“Inilah yang berlaku pada pemimpin-pemimpin lepas yang mengaut kekayaan peribadi atas kemiskinan rakyat. Pakatan Harapan tiada tempat pemimpin yang hanya mementingkan perut dan tembolok sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Sementara itu, PAN Perak tetap mengambil sikap berhati-hati dan memberi amaran sebarang usaha mengkhianati perjuangan Pakatan Harapan akan ditentang habis-habisan.- UTUSAN ONLINE