Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PAN kenapa tidak tegur DAP?

'Better Beer Festival 2017'

KOTA BHARU 13 Sept. - Pas Kelantan menyelar sikap pemimpin PAN yang dilihat mengambil sikap menutup mulut dalam isu pesta arak 'Better Beer Festival 2017' yang dijadual berlangsung di ibu negara bulan depan.

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, PAN sebelum ini mendabik dada kononnya mampu memainkan peranan sama sebagaimana Pas iaitu memperjuangkan Islam namun hanya mendiamkan diri dalam isu tersebut.

Sikap tersebut katanya, mungkin kerana perlu menjaga hati DAP yang merupakan penyokong kuat pesta tersebut.

"Tokoh-tokoh 'jihad' dalam PAN semua diam, bukan sahaja membabitkan isu pesta arak malah dalam semua perkara apabila ia bersangkutan dengan DAP.

"Mereka tak boleh berbuat apa-apa kerana takut DAP marah," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan semua pihak berhak melakukan apa saja aktiviti selagi tidak menyalahi undang-undang.

Menurut Chang Khim, Pas yang membuat bantahan terhadap pesta itu sepatutnya faham bahawa Malaysia sebuah negara majmuk dan bukan hanya orang Pas sahaja yang tinggal di negara ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain