WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH
WAN ABDUL RAHIM WAN ABDULLAH

Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pertikaian berhubung hak milik Wisma Tok Guru tidak melibatkan parti, sebaliknya membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa dengan Pas.


“Perkara ini sudah dikemukakan di mahkamah, jadi pihak peguam minta kita yang tidak begitu arif ini supaya berhati-hati, tidak boleh komen banyak, tunggu keputusan nanti macam mana.


“Sebenarnya kena tanya Datuk Husam sebab Amanah Kelantan tidak ada kepentingan. Kita didaftarkan di Sungai Keladi. Jadi tidak ada pejabat di sini dan kita cuma menumpang untuk mengadakan program,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Isu berkaitan Wisma Tok Guru timbul selepas Pas Kelantan membeli tanah premis berkenaan dan memberi peringatan kepada PAN supaya mengosongkan bangunan itu selewat-lewatnya pada 16 November depan.


Bagaimanapun PAN dilaporkan tetap berkeras tidak akan mengosongkan Wisma Tok Guru selagi tidak ada keputusan daripada mahkamah berhubung kes berkenaan. - UTUSAN ONLINE