SLUG Lojing PertanianKELANTAN KOTA BHARU 9 November 2014 - Pengerusi
Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAN sebenarnya bukan cabaran memandangkan terdapat sebahagian daripada pengikut parti serpihannya itu sudah kembali kepada Pas.

Malah beliau berkata, pihaknya yakin penyokong Pas akan tetap setia dengan parti itu selain berharap hampir 40 pengundi atas pagar cenderung memilih Pas dalam pilihan raya nanti.

“Kita yakin pengundi atas pagar akan memberi sokongan kepada Pas untuk terus memerintah Kelantan.

"Malah, jika tiga penjuru sekalipun, kelebihan masih memihak kepada Pas," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Tambah Che Abdullah, rakyat di negeri ini dilihat tiada keperluan untuk mengundi parti lain sebaliknya akan terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Pas Kelantan.

"Tiada sebab pengundi Pas mahu menjatuhkan kerajaan negeri, malah sebahagian pengikut pemimpin PAN sudah kembali semula kepada kita,” katanya.- UTUSAN ONLINE