SYED MOHAMMAD FAIZ AZEMMANT
SYED MOHAMMAD FAIZ

Presidennya, Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, jentera PAKP akan bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk menyokong kempen dan melengkapi jentera UMNO dan BN dalam menghadapi calon Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, NGO itu akan menghantar jentera yang bersemangat dan mahir mendekati masyarakat untuk menambat hati mereka.

"PAKP percaya dan yakin pengundi akan terus memberikan sokongan kepada calon BN berdasarkan maklum balas daripada pengundi di kawasan berkenaan yang merasa tertipu dengan janji manifesto yang dibuat PH selain banyak isu yang dilihat tidak mampu diselesaikan secara berhemah.

"Suasana (PRK) sudah mula dirasai. Ada pengundi luar yang sudah pulang, jadi saya berharap jentera jangan ambil mudah PRK ini, BN diyakini akan menang PRK berkenaan, insya-Allah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syed Mohammad Faiz berkata, PAKP kini mempunyai lebih 100,000 ahli dari seluruh negeri ini. - UTUSAN ONLINE