Walaupun masih belum mengetahui kandungan manifesto itu, Idris menjelaskan gabungan yang diketuai DAP itu perlu memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka sekiranya mahu menjanjikan pendidikan percuma dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU-14) Pakatan Harapan.

“Mungkin mereka akan mengulangi janji-janji lama termasuk ingin memberikan pendidikan percuma, kalau itu antara manifesto mereka laksanakan di Selangor dahulu.

“Kerajaan menawarkan pendidikan dengan yuran yang sangat rendah malah masih mengekalkan kadar yuran lama dan tidak pernah menaikkan sejak 20 tahun lalu ,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri program Dialog CEO Universiti - Industri di sini hari ini.

Dalam program tersebut Idris turut menyertai sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif daripada pelbagai syarikat di negara ini untuk mengetahui mengenai ciri-ciri graduan yang diperlukan oleh syarikat tersebut. - UTUSAN ONLINE