Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, pemimpin Pakatan Harapan bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai ‘ja­guh pusingan U’ malah boleh mencatat rekod dunia apabila sanggup menghalalkan sesuatu matlamat demi tujuan politik.

“Dahulu mereka kata Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak kudis tapi sekarang mereka pula yang menjilat kudis-kudis Mahathir.

“Sebelum ini puak reformasi pusing satu dunia untuk menolak Mahathir tetapi sekarang mereka ini berlumba-lumba untuk angkat Mahathir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau yakin keluarga Pengerusi Pakatan Harapan itu akan ketawa besar apabila melihat gelagat pemimpin gabungan pembangkang yang berjaya dipukau untuk mengikut telunjuk Mahathir. - UTUSAN ONLINE