Katanya, hal demikian dapat dilihat apabila kebanyakan pemimpin Melayu dalam gabungan itu langsung tidak berani bersuara atau menyatakan pendirian apabila terdapat usaha untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Malah, katanya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri kadangkala dilihat tunduk dengan tuntutan pemimpin bukan Islam yang lebih 60 peratus berada dalam PH.

“Pakatan Harapan tidak boleh diharap untuk jaga bangsa dan agama kita. Menteri mereka hendak bawa ICERD, langsung tidak ada yang mempertahankannya,” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aman Rakyat Tolak ICERD di Kompleks Pas di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin: Ketua Penerangan UMNO ne­geri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli; barisan kepemimpinan UMNO dan Pas negeri serta lebih 1,000 orang.

Sementara itu, Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berharap UMNO dan Pas tidak lagi bergaduh sesama sendiri sebaliknya bersatu demi kepen­tingan Islam dan Melayu.

Dalam masa sama, beliau juga menyeru kepada rakyat negeri ini supaya menghadiri perhimpunan aman itu untuk meraikan penolakan ratifikasi ICERD di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

“Pada 8 Disember ini (perhimpunan) akan dapat dilihat bagaimana orang Islam dan Melayu bersatu,” katanya.